Saturday, July 28, 2012

Perihal Antibiotik


Assalamualaikum semua!


Hari ni dah hari ke- 8 kita puasa kan? cepat je masa berlalu. Oh ya, seminggu sebelum puasa hari tu aku ada pergi klinik sebab sakit telinga. Then Dr. tu cakap sakit sebab kena jangkitan kuman. Dua- dua belah telinga tahu! Dr. pun bagi la ubat titis dengan antibiotik. Akak dekat kaunter ubat tu siap pesan lagi makan bagi habis, dah baik pun makan taw. Yo lah kak!


Ok, nak jadikan cerita (eceh haha ) antibiotik tu still tak habis lagi and aku masih la makan lagi ubat tu even ubat tu tak sedap and dalam bentuk kapsul ( aku memang anti ubat jenis kapsul ni ). Tapi kan aku baru realise yang ubat tu banyak membantu sebenarnya, yang pasti ubat tu tolong bagi baik telinga aku ni ha. Lagi satu, antibiotik ni bila aku salah makan apa-apa aku tak sakit perut haha.

Contohnya semalam ayah aku ada beli ayam percik dekat bazar. So, aku, mak dengan adik yang habiskan ayam tu. Esoknya, mak dengan adik aku kena cirit birit tapi wa rilek je haha. Ok tak baik riak hewhew.

Moralnya: tak semua makanan kat bazar tu bagus.masakan kat rumah is the best haha

Sebelum ni pun antibiotik ni ada selamatkan aku dari sakit perut jugak. Bagus betul la kau ni kan ish ish ish. Boleh la makan antibiotik ni selalu, mana tau kalau aku TERmakan roti expired ke hehe.




kecik-kecik dulu, bila makan ubat ni aku ambil serbuk dalam tu je,kulitnya buang. Serbuk tu bancuh sekali dengan air milo nak bagi sedap sikit. haha





Bye ( ^_^ )




Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum and Hye all!


Hari ni dah masuk hari ke-3 kita puasa. Alhamdullah, masih penuh lagi puasa aku ni hee. Rasanya boleh lagi kan nak wish Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak untuk semua. Selamat berpuasa ye ;).



Haish, dah lame sangat rasanya tak post apa2 entry kat sini. Awal2 dulu semangat sangat,tiap bulan dok post macam-macam. Masa mula2 buat blog dulu bajet nak buat blog macam diary hehe. Tapi sekarang blog dah macam anak tiri, tengok sekali sekala je. Nak menaip pun kaku,dari tadi asyik backspace haha. 


Sekarang tengah cuti semester yang nampak macam cuti panjang tapi tak panjang pon haha. Nak kerja mak tak bagi so kerja aku duduk rumah tengok movie + belajar masak + besarkan badan ( kalau berjaya haha). 


Alhamdulillah, result sem lepas baru keluar je. Even tak dapat Dean List pun syukur sebab better sangat-sangat dari sem lepas. Sikit je lagi nak dekan, tapi takpe sem depan depan depan boleh cuba lagi kan?


Ok,walaupun tajuk kat atas Salam Ramadhan tapi dah merapu lebih-lebih haha. Nak sambung tengok movie. Oh, aku dah giler telenovela philiphine sebab hero dengan heroine dia ohsem!haha



byeeeeee!



Saturday, April 28, 2012

Dedicate



Assalamualaikum and Hi people!


AWAS: THIS IS PERSONAL ENTRY. TIADA KAITAN ANTARA HIDUP DAN MATI..hehe

Entry ni special dedicate untuk En.Syed dan En. Zaakir yang selalu MENYIBUK kat sini. Hangpa dua wajib baca!

Makhluk 2 orang are my classmates. Disebabkan diorang " SUKE " sangat bace blog aku kan ni ada hadiah sikit untuk hang..hehe

First, kenalkaannnnnnn.........ni Zaakirrrrr...




Yang pulakkkkkk...Syeddddddd


=

 =

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

 =


Eh, aku takdak gambaq hang la..ish3.......eh..ada-ada..











Sapa tak taw ni..dalam lab pun nak tidoq...(*_*)


p/s : jangan "sibuk", satgi aku boh gambaq lagi teghok..hehe

p/s: suka tak?hehe




byeeee!!!peace!!











Tuesday, April 10, 2012

Bila Masalah Jiwa Kadang-Kadang Melanda






When someone hurts you, you learn to be stronger. When someone leaves you, you learn to be more independent. Don't keep asking why people keep hurting you, ask yourself why are you allowing it to happen~~Best Quotes


Positive outcomes come from positive people with positive thoughts, keep your mind clear & keep on the road ahead because only you can fail you~~Best Quotes








Wednesday, February 8, 2012

Siapa Tasha Manshahar ni?


Assalamualaikum  and Hi people!


Hari ni aku bangun awal sikit daripada biasa.hee. Bangun terus godek-godek facebook macam dah sebulan tak online padahal hari-hari aku buat benda yang sama.hehe. Ok, korang kenal siape Tasha Manshahar ni? Aku actually tak kenal pun die tapi dalam minggu ni aku tengok kat News Feed aku tu banyak keluar pasal die ni. Tapi aku malas nak kisah sangat tapi hari ni tergerak nak tengok video die. Best sangat ke?


Ni antara video Tasha ni kat Youtube. SERIUS BEST!SUARA DIA SEDAP GILE! #capslock bagi nampak real.hehe











Selamat menonton! Mungkin Tasha Manshahar ni akan jadi satu fenomena baru kat Youtube kan..:)


p/s: boleh like page Tasha dekat Facebook Tasha Manshahar Fan


p/s: aku baru buat twitter..hehe (noob) sila lah follow :) Jom Follow!




Ok,bye!









Friday, January 27, 2012

Jom Try Tutorial Shawl ni jom!


Assalamualaikum and Hi guys!




Pernah tengok orang pakai shawl yang silang-silang tu tak? Mesti la penah kan. Actually aku tak taw orang panggil style tu apa sebenarnya. So just cari kat You Tube tutorial shawl silang-silang.hehehe. Lepas tu jumpa la, maknanya memang orang memang panggil silang-silang la kan.haishh penat aku tilis silang-silang ni banyak kali.haha.


Ok,jom tengok tutorial ni ye..:)



ambik kat You Tube,boleh cari sendiri.:)


Aku dah try dah.Korang bila lg?hehe


Cantik tak?haha #muntah-muntah



Ni ada lagi satu tutorial, aku dah try tapi hasilnya menyedihkan.hihi.Maybe kalau korang try menjadi ke. Selamat mencuba!



Cantik tau yang ni..:)





Ok,bubbye!






Saturday, January 21, 2012

I-City Dan Rumah


Assalamualaikum and Hi people...:)

Tepat pukul 12.00 18 Dec hari tu,berakhir la final paper aku untuk sem ni, Alhamdullilah. The next day,kitorang bertolak ke Shah Alam. Nak stay rumah kawan aku dulu baru balik ke Pahang. Malam tu kami ke I-cITY. Ni first time aku datang sini,so supposed aku excited tapi malangnya aku datang I-city dengan rasa mengantuk jadi gmbar yang diambil pun tak banyak.




















Ni lah I-city,and malam tadi dlm pukul 12 smpai rumah,jalan sangat jammed taw sebab semua nak balik rumah cuti Chinese New Year.

Ok,nak pergi baca novel, salah satu barang yang dibeli guna Baucar Buku 1 Malaysia..hehe


bye!...




Saturday, January 14, 2012

Be strong!


Assalamualaikum and Hi people..


Yesterday i just had a tough paper for my final and then my friend, Adiba accident just after the exam. Kitorang baru je borak-borak and then its happen. So fast. She still in trauma and I hope mak cik yang terlibat tu cepat sembuh.


To Diba: be strong,we'll be at your side.Dont worry...







Saturday, January 7, 2012

It's Exam Week!


Assalamualaikum and Hi people!


This week and next next week adalah minggu exam untuk aku. So,tak dek masa untuk blogging, facebooking (yelah tu kan).Aku harap minggu ni will end because aku dah tak sabar nak balik rumah,tapi tapi tapi cuti sebulan je pun. Takpelah, sebulan pun ok dari tak dek langsung kan. 
Aku dah list kan dah nak buat apa cuti ni...hehe

First of all,

  •  nak main angry bird puas-puas. Aku baru install angry bird seasons untuk main masa cuti nanti..Best taw angry bird ni sebab boleh tukar-tukar theme and then ada burung baru jugak dalam ni..


siap la ba**-ba** sekalian...haha
List yang kedua,
  • Nak tidur puas-puas..hehe
  • Nak makan puas-puas
Dah,cukup lah dua kan..Ok,nak sambung study..4 more paper to go!


p/s:buat rakan-rakan yang exam jugak,gudluck untuk korang,jaga kesihatan,jangan nak demonstrasi-demonstrasi pulak tengah exam ni..hehe..~pesanan penaja~ 




~peace..;)






ek eh,ni entry pertama 2012!bubbye!