Friday, November 11, 2011

Entry Setelah Sekian Lama Tak Berblog.


Assalamualaikum semua!
Hi people!



Dah lame giler aku rasa tak post apa2 kat sini. Kalau tengok tarikh last entry aku dulu 09.09.11,hari Jumaat. Sekarang ni dah 11.11.11 hari Jumaat jugak. Dah genap 2 bulan kan? Tarikh hari ni pun cantik.

Kesian blog aku ni terabai tanpa kasih sayang,nak buat macam mana sem ni aku dah duduk rumah sewa,takdek wifi..:(,tak boleh nak online..:(,facebook pun sekali sekala je bukak..:(

Sekarang ni pun aku tengah cuti mid sem tapiiiiiii,tapiiiii,tapiiiiii, hari ni hari last kat rumah. esok nak balik dah. Oh, damn!Balik nan ti terus test,lepas tu takdek cuti dah sampai final,takdek internet dah,no blogging,no facebookk!!(walaupun facebook dah boring sekarang)

Tapi takpe,kena positif..:).takdek internet boleh study dgn tenang..:),boleh stay up malam2 sebab nak study bukan facebook. Wah,bangga dengan diri sendiri.(~tangan di dada mata ke atas~)


Oh, banyak benda jugak la aku buat sepanjang 2 bulan ni.






 makam ABC dengan classmate

 ni la housemate aku

 menngedik depan cermin



 




 raceboat.Yang atas tu team raceboat aku.Kitorang dapat no.2 tau..hehe

pergi pesta konvo


Bubbye..



Friday, September 9, 2011

Goodbye Home



Assalamualaikum and Hi People..:)




Hari ni hari last aku kat rumah. Esok dah nak gerak balik Johor. Tak sangka cuti 4 bulan dah habis. Rasa sekejap la pulak, padahal hari tu rasa lame giler dah cuti. Aku malas nak packing barang, kat rumah sewa nanti nak kemas lagi...haishh..Kan bagus kalau barang2 tu boleh masuk dalam beg, susun diri sendiri elok2..haha


Sekarang nak update blog pun malas. Rasa macam bersalah pulak abaikan blog sebab tu update jugak. Hari Raya hari tu pun tak update apa2. Busy buat persiapan raya. Rasanya tak terlewat lagi nak wish raya kan? Raya kan sebulan..hehe



Di kesempatan ni, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Segala salah silap, terlanjur kata, terasa hati, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.








Ni je gambar raya yang aku ada..




Bubbye..nak sambung packing..:)







Monday, August 22, 2011

Aku Tak Suka Minggu Orientasi

  

Assalamualaikum and Hi people...:)


PERINGATAN : ENTRY YANG PANJANG. KALAU MENGANTUK BERDIRI ATAS KERUSI..HAHA




Sedar tak sedar dah nak masuk hari ke 23 kite puasa kan? Means lebih kurang seminggu je lagi nak 
raya. Baju raya dah beli? Maknanya dalam 2 minggu lagi aku dah kena balik U dah. Mesti ada antara korang ni yang akan daftar jadi pelajar baru kan? Seriously aku tak suka perasaan jadi student baru kat satu2 tempat or lebih tepat lagi MINGGU ORIENTASI@MINGGU SUAIKENAL@MINGGU HALUAN SISWA..tak kisah la pape korang panggil pun.



Dari form 1,masuk matriks sampai la masuk U, dah 3 orientasi aku lalui..(entah kenapa rasa ayat aku skema giler..haha). Masa tengah orientasi ni sumpah aku maki berbakul-bakul kat orang2 yang handle minggu tu..



Orientasi Time Sekolah Menengah ( form 1)


Time ni dah la first time jauh dari rumah dengan family, sepanjang minggu orientasi tu aku nangis je sebelum tidur..haha..Masa ni,minggu tu Form 5 la handle..paling senior la time tu..paling aku tak suka kena marah-marah..kena cepat, masa bersiap bagi 5 minit je..lepas tu jadi perhatian satu sekolah sebab kau budak baru masuk..dah la aku comot giler time tuh..haha ( biasa la budak2 lagi )



Yang aku ingat, kitorang semua kena ambik signature form 5 ( gurls only la) tapi sebelum kau dapat signature tu mestila kau kena buat something yang dorang suruh..Bayangkan la kalau form 5 ada 54 orang, makananya kau kena buat 54 benda tau tak?tu kalau sorang suruh buat satu benda..haishh..emosi pulak aku..haha

Antara benda yang dorang suruh buat:

- susun selipar
- kira selipar satu aras ( serius merepek )
- baca sifir kura-kura
- menyanyi
- tiup lampu sampai menyala
- and banyak lagi la benda merepek tu kan..


serius aku tak suka..( dah berapa kali serius dah ha...haha )


Orientasi Matriks.



Masa kat matrik, aku ni kira 1st batch yang masuk matrik tu..So, fasi untuk orientasi tu matrik import dari matrik lain..Orientasi kali ni tak teruk sangat macam sekolah, yela kan sebab time tu dah besar, fasi pun beza setahun je dari kitorang so dorang tak bagi pressure sangat. Cuma time solat subuh je kena turun jemaah plus solat2 fardu yang lain. Tak kisah sangat yang tu, tapi yang tak tahan hari2 ada taklimat. Pehh..mengantuk giler..After habis orientasi, fasi2 asing tu pun takdek jadi matrik tu macam batch aku yang punya la..sampai sekarang pun kitorang still rapat lagi. Zaman kat matrik yang paling best aku rasa.



Orientasi Universiti


Kat U orientasi ni kita panggil Minggu Haluan Siswa or MHS. MHS ni pun kira ok sikit la dari dulu2..macam biasa solat jemaah, kena bangun awal solat jemaah subuh. ( yang ni aku tak pergi pun, solat dalam bilik je..haha ). Lepas tu ada LDK,yang ni pun kadang2 bosan jugak tapi depend kat fasi yang handle tu la..Time MHS ni dorang ajar banyak game..ada sifir siput sedut la,watermelon la, teouk mmuahh2...macam-macam la. Tapi sifir siput sedut tu paling femes sebab membe aku kat U lain pun tau jugak..haha. Lebih kurang macam ni la sifir dia:


~ 1 darab siput sedut ~~siput sedut < buat bunyi siput>
~ 2 darab siput sedut~~ siput sedut < buat bunyi siput>~~siput sedut < buat bunyi siput>

Imagine la kalau kena buat 10 kali..haha..terbelit lidah kau..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ada lagi satu benda yang aku tak berapa suka kalau pergi tempat baru. Tempat baru mesti jumpa kawan baru kan, pastu mule2 nak kenal malu-malu, pandang pun senyum ayu je..cakap saya awak..soalan biasa 'awak dari mana?' 'nama apa?' 'nak panggil apa?'..puiiihh..haha..tolong la..bila dah lama kenal, ha ambik ko baru taw perangai sebenar..haha





gambar masa aku form 5..haha


p/s: tapi sekarang kenangan masa minggu orientasi tu semua antara kenangan manis bila kita   kenangkan balik..:)

p/s lagi..haha: blog aku berwajah baru..hehe..:)




Ok, bubye!..:)










Saturday, August 13, 2011

Tiga Kata by KRU

Assalamualaikum and Hi people..:)


Layan lagu jom...



 








Sunday, August 7, 2011

Yeay! Dah Boleh Balik U..haha



Assalamualaikum and Hi People..:)
Good morning peeps:)
Selamat Berpuasa readers..:)



Hari ni aku ekcited siskit sebab tu wish banyak2 kat atas tu..haha. Tak dek la excited sangat..excited la jugak..huhu..Ok, lepas cuti hari tu aku ada buat wishlist apa aku nak buat cuti 4 bulan ni kan..Aku ada buat entry tu kat bawah2 ni..Ni antara nya lah kan..





- nak ambik lesen
- kerja
-nak makan banyak bagi gemuk..haha
nak shopping baju baru
- rajin update blog
- nak beli kamera



`
1) Ambik lesen..

Aku tengah ambil lesen sekarang ni..dah dapat L..tunggu test JPJ 23hb ni..:)



2) Kerja..

Macam entry yang lepas2 aku ada bgtaw yang aku kerja kilang..so,wishlist no.2 tercapai..haha





3) nak makan banyak2 bagi gemuk..

Yang ni aku makan banyak pun tak gemuk jugak..Tak leh nak buat ape..huhu..yang ni aku letak jadi wishlist sepanjang masa..


4) Shopping baju baru

Aku dah beli baju baru online macam kat bawah ni tapi aku ada beli jugak shawl dua tiga helai yang masih belum pakai..hihi..





5)Rajin update blog..

Kira rajin jugak la aku update blog kan kan kan?..hehe



6) Beli kamera


Semalam aku beli kamera yang macam kat bawah ni. Yang ni kire hak persendirian..Takdek share2 sebab aku beli gune duit gaji aku..( habis gaji aku..:(..hehe)


gambar dari cik google..




So,sebab semua tu aku dah buat dah boleh balik U dah la..hehe..Bile la nak balik ni..dah penat weh cuti ni..kenapa la bagi cuti lama sangat..ada balance lagi sebulan je lagi....Tak sabar nak jumpa kawan2 aku, nak duduk umah sewa baru..haishh..cepat la sikit masa berlalu..hehe




Home sweet home..:)





Bubbye..:)




Wednesday, August 3, 2011

Malasnya Puasa..+_+


Assalamualaikum and Hi people..:)


Korang puasa tak?hihi. Ok,tajuk aku macam tu bukan bermaksud aku malas puasa ye kawan2. Bukan...bukan..Masa kecik2 dulu,aku tak suka puasa. Hei,bukan aku sorang je ok,kau tanya budak kecik mane yang suka puasa?haha..Kalau masa ni aku berat sikit nak buat dua benda ni..BANGUN SAHUR dengan SOLAT TERAWIH..haishhh...



 Bangun sahur



Kalau dulu aku ingat sahur tu wajib kalau nak puasa,means kalau tak sahur kita tak yah puasa la..haha. (ada tak yang pikir macam aku jugak?angkat tangan plisss). So, kalau mak saya kejut sahur time saya malas nak puasa saya buat-buat la tak bangun..haha..Pagi besok bangun aku buat2 tanya kat mak aku..



Saya: Mak tak kejut akak sahur ke pagi tadi? (sambil buat muka frust sebab tak bangun sahur)

Mak: Mak kejut dah la,akak yang tak bangun..

Saya: Ala..tak sedar pun..Tak leh puasa la hari ni..nanti lapar sebab tak sahur...(^_^)



Tolong ye adik-adik jangan buat macam ni ye..tak bagus..kehkehkeh..Tapi tu dulu la,sekarang saya dah buang perangai keji tu..eh,keji ke?tak lah..budak-budak lagi maknanya comel lah..hahaha





Solat terawih



Disebabkan dulu saya sekolah asrama dari form 1 sampai form 5,mostly saya puasa dekat sekolah and bila dah puasa kat sekolah tu semestinya la solat terawih tu wajib pergi..WAJIB ok! tak boleh la kau nak kira nak solat selang seli..hari ni pergi esok tak pergi lusa pergi..tak boleh..


Dah lepas berbuka yang tak ingat dunia sumbat perut sampai tak ada ruang nak bernafas tu, rasa malas nak terawih tu pun datang..wait..wait..bukan ke setan kene ikat ke time bulan puasa, sapa yang hasut aku ni?hahaha..Tapi biasanya perasaan malas tu datang kalau nak hujung2 puasa la,kalau awal2 ni semua tengah eksaited..


Pernah sekali, aku keluar saf time tengah solat terawih than buat2 muka tak bersalah lepak sekali dengan budak2 yang uzur..haha..teruk betul aku time tu..Tapi masa ni aku dah tak buat taw ponteng2 puasa ni...Berdosa..hihi



Tapi sekarang aku dah tak buat macam tu. Dah tak ponteng puasa, time terawih tak dek dah nak lari2..tu semua zaman nakal2..sekarang dah besar,dah 20 dah pun.



Aku nak wish Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kat semua yang datang blog aku ni...semoga ramadhan tahun ni lebih bermakna..ececeh..haha



Bubbye..







Wednesday, July 27, 2011

Tutorial Shawl # 1


Assalamualaikum and Hi people..:)


Hari ni rasa nak buat tutorial, sementara mood masih ada ni baik aku update cepat-cepat..huhu.Tak nak tulis panjang-panjang,kita terus tengok gambar di bawah ye..:)




 1) Macam biasa,bahagi 2 sebelah pendek,sebelah panjang.

2) Yang pendek,pin kan dekat inner..





 3) Untuk yang panjang, lilitan pertama kena lilit kemas-kemas untuk tutup leher.

4) Lilitan kedua, longgarkan sikit...( aku pun tak reti nak cakap macam mana..haha)




5) Apesal aku gune gambar yang sama macam kat atas?haha..

6) Lilitan kedua tadi pinkan atas kepala,korang akan dapat lilitan yang longgar je..





7) Untuk hasil yang lebih kemas (cewahh..haha), pinkan kat tepi tu ye..

8) Dah siap...macam ni la jadinye..huhu







9) Ni pandangan dari arah belakang





Selamat mencuba!


p/s: lagi senang kalau gune shawl jenis cotton sebab tak licin..:)


 Suke makan coklat??KLIK SINI








Saturday, July 23, 2011

Pahit Manis Pengalaman Kerja Kat Kilang..hehe..*tajuk pun nak beria.




Assalamualaikum and hi people..:)


Lagi seminggu je lagi nak puasa kan? Selamat berpuasa u olls..huhu..Sejak aku dah jadi 

penganggur semula ni, blog pun dah berupdate..Tak macam dulu, blog pun kurang kasih 

sayang dari tuannya..hihi..

2 bulan aku kerja kat kilang elektronik tuh,kononnye nak cari duit poket lah kan time cuti...2
 
bulan je kau kerja beb?haha..Sekarang dah dekat 2 minggu aku resign..tapi rasa rindu oww 

kat kilang tu..haha..padan muke!sape suruh kau berhenti awal sangat weh..haha

Sebenarnya,kadang-kadang aku suka jugak kerja kat situ..kadang-kadang tak suke..Aku 

berhenti ni pun sebab nak puasa kat rumah..dah lame weh aku tak puase penuh sebulan kat 

rumah ni..Dari aku form 1 lagi..balik time nak dekat raya je..dah ada peluang ni tak kan aku 

nak lepaskan..huhu




Kenapa aku suka kerja kat situ:

  • Sebab aku dah dapat ramai kawan..
  • Time kerja selera makan aku bertambah taw,aku kan nak jadi gemuk sikit cuti ni..haha
  • Aku suka bila time buang sampah ramai-ramai sambil gosip-gosip..haha
  • Rasa cantik bila pakai uniform kilang tuh..hihi*perasaan aku je tu..

Kenapa aku tak suka kerja kat situ:

  • Penat kena kerja 12 jam sehari..start pukul 8 pagi balik pukul 8 malam..
  • Kena bangun 5.30 pagi kalau aku kerja siang sebab bas kilang ambik pukul 6.30..aku dah la liat nak bangun pagi..hihi
  • Tak suka kalau time kana marah tapi mula2 kerja je kena marah..
  • Kadang-kadang kena kerja hari Sabtu Ahad.
  • Ngantuk kerja malam..paling kritikal dalam pukul 3 pagi..selalu jeles dengan orang yang tegah sedap tidur time macam tuh..

Aku rindu wehh!!:

  • Rindu nak pergi buang sampah dengan korang
  • Rindu nak lari-lari time habis waktu kerja sebab nak kerja bas yang tak reti tunggu orang..
  • Rindu nak makan ramai-ramai time rehat
  • Rindu nak bersenam pagi-pagi..
  • Rindu nak tengok bas kilang banyak-banyak time balik sebab aku rasa best je tengok semua gerak sekali..*alasan tak boleh blah..haha
  • Rindu kat mesin yang aku jaga dulu..*yang ni tipu..haha




 Hai,nama saya Nurul Khusna..hihi


Nak bergambar puas-puas dangan uniform ni sebab nanti dah nak kena pulangkan balik..huhu


p/s:mungkin entry seterusnya pasal tutorial shawl yang aku gembar-gemburkan bulan lepas tuh..












Friday, July 22, 2011

SAYA RINDU DIA!


Assalamualaikum and Hi people...:)




I Miss Youu!!

Bubbye..








Thursday, July 7, 2011

Bagi aku Chubby dan Pendek itu COMEL!!


Assalamualaikum and Hi..

Macam tak percaya tengah update blog..hee..Kali ni aku dah malas nak cerita pasal tempat kerja aku yang mentensionkan tu. Kalau cerita buat penat je..aku redha je..dah malas cakap panjang2 pasal tu,berbalik kepada topik yang asal......


Kalau aku rasa orang yang chubby pendek ni comel giler..boleh tak?hehe..Tapi ni serius..aku rase mereka sangat comel..

sebab aku tengok membe aku macam tu comel giler..macam teddy baer rase nak peluk2,nak cubit2 jek..haha

nak macam tu JUGAKKK!!

k bye.....







Sunday, June 26, 2011

Busy..


Assalamualaikum and Hi..

Disini aku mengumumkan yang aku sangat-sangat busy cuti ni..

No time nak update blog, nak bersuka-ria dengan kawan-kawan...

Kerja and lesen...ehmm,actually aku tak berape suka dengan kerja aku sekarang..

Penat weh jadi minah kilang ni...tapi aku kene sabar..

Benda ni menyebabkan aku rasa nak habis cuti cepat....

Plizz...cepatla bulan 9..I miss my classmates, lecture hall, library, and my lovely friends!!

Doakan aku sabar and teruskan bekerja..

Besok aku kerja syif malam..fighting Una,fighting!!

Thursday, June 2, 2011

Sudah dapat kerja!!


Assalamualaikum and Hi...


Sudah lama tak update blog..hihihi..

ok, aku dah dapat kerja!!hahaha..

Lepas ni jadi minah kilang..hehe

Hari isnin dah mula..huhu

Eksaited...hahaha..Mungkin lepas ni lagi jarang update blog...




bubbye...:)

Tuesday, May 17, 2011

Tutorial Pakai Shawl???


Assalamualaikum and Hi....:)



Dah 3 hari aku kat rumah, makan,tidur,online,tengok tv. Tak dek kerja lain dah..huhu..Rasa nak buat 

sesuatu yang bermakna sikit kat blog ni..huhu. Mungkin sebab sekarang aku tak berape nak ade kerja 

sangat jadinya aku rasa macam nak buat tutorial pakai shawl kat blog picisan aku ni. Ye ye aku taw la 

banyak tutorial kat blog lain, kat youtube lagi bersepah. Tapi aku nak buat suke-suke, nak tepek muka 

sendiri kat blog sendiri. Tak kan nak letak muka kau kat blog aku..hihi.



Mungkin nak buat tutorial cara pakai shawl macam ni:






















huhu..tengok la dulu ye..nak fikir jap nak buat ke tak nak..:)





Monday, May 16, 2011

Cuti Semester Dah Start Woii!hehe..


Assalamualaikum and Hi semua....


Alhamdulilah, final exam dah lepas..Aku pun dah balik rumah. Rasa bahagia dalam jiwa sebab dapat duduk kat umah..hehe. Aku nak habiskan masa cuti 4 bulan ni dengan benda-benda yang berfaedah.Eceh, faedah la sangat kan..huhu



Antara wishlist yang akan ku laksanakan cuti nih:


1. Ambik lesen kereta.

2. Kerja.

3. Makan banyak-banyak bagi gemok sikit..haha

4. Shopping ( cari baju baru )

5. Rajin update blog..huhu

6. Nak beli kamera..DSLR?haha..



Tuesday, April 26, 2011

Masquerade Party


Assalamualaikum and Hi...


Hi guys!!!I'm back...haha. Entri sebelum ni gigih cakap nak stop blogging sebulan sebab nak 

final.huhu..Cakap je lebih pompuan ni..haha.Tapi tak boleh tahan nak tulis entry ni. Ok yang ni last

entry before aku start final. Padahal 

hari Rabu ni ada paper..hee

Hari Sabtu lepas, kolej kediaman aku ni buat dinner sebab ye la kan dah nak habis sem ni. Tema 

dinner ni ialah Mask Party. Gigih semua pergi cari topeng, ada yang buat sendiri, penat perah otak 

pikir nak pakai baju ape..huhu


 Berdasarkan kreativiti masing-masing, terhasil la gambar-gambar kat bawah ni..pehh, cantik-cantik 

semua malam tu korang taw. Kalau tak tanggal mask tu mesti korang tak kenal mana satu bestfriend 

korang sebenarnye..hehe



topengku..hehe


with Seek


with Khaey


the gurls...huhu


with Diba


Diba and Sha


hee...


ehem...ehemm..

sha, opie, yul and emy


 with yul ( first time yul pakai shawl..hehe...i like...)




p/s: update kat library time study electric..huhu..bubye..:)

Sunday, April 3, 2011

Merajuk...


  Assalamualaikum and Hi..

Sebenarnya aku bukan la merajuk macam yang diwar-warkan di atas*betul ke eja war-warkan camtu?hehe. Aku terpaksa bersara dari dunia blogging buat sementara waktu sebab my exam just around the corner. 

Bukan around the corner dah ni, kalau tolak makan,tidur, bersembang,mandi,berjalan, melepak, exam tu kat luar pintu bilik aku je lagi...hihi

Lagi kurang dari sebulan nak exam, 3 more test to go, 3 presentation,3 group assignment yang semuanye kena selesaikan 2 minggu sekarang. Doakan aku tak pengsan, sawan, koma dan sebagainya..hahaha

Nak sedapkan hati selalu cakap kat diri sendiri camni, " Sabar- sabar, habis semua ni cuti 4 bulan menanti, boleh enjoy sampai muntah, lompat tinggi-tinggi, jerit sampai keluar anak tekak..Sabar ye."


Baru siapkan video untuk public speaking aku minggu depan...tengoklah..






that's all..thank you..maybe after one month baru aku muncul semula...


Wednesday, March 30, 2011

Kenduri kendara..


Assalamualaikum and Hi....



Petang ni aku ada test Fluid Mechanics tapi sempat lagi nak update blog..heee. Dah penat mengadap 

formula yang bersepah- sepah ni nak mengadap blog yang dah lame jugak ditinggalkan. Lame ke?

Sabtu minggu lepas aku pergi kenduri rumah mak sedara classmate aku ni. Ingatkan semua pegi tapi ada yang 

balik umah, ngantuklah, sakit perot jadinya separuh je yang pegi. Kitorang pegi naik bas sebab agak dekat rumahnye dengan U..

Kitorang pegi awal sebab nak tolong sikit2..Makan nya lepas zohor..Tengok gambar je la ye..Dalam kepala 

aku sekarang ada Formula Fluid je..Takut taip formula pulak kat cni..hee











rajin kan kitorang?hehe..


terselit gambar gedik...





p/s:bubye...wish me luck for test...



Sunday, March 27, 2011

SAYA NAK......TAPIIIII.....


Assalamualaikum..





  • Saya nak minum ais tapi sekarang tengah selsema + batuk...
  • Saya nak pergi cuci gigi tapi saya takut doktor gigi.....
  • Saya nak balik rumah tapi tak dek masa....
  • Saya nak sambung baca novel tapi banyak assignment
  • Saya nak makan tapi tak dek selera nak makan...:(
  • Saya nak makan seafood tapi saya alergic...
  • Saya nak update blog tapi tak dek idea....


TOLONGGG......




Friday, March 25, 2011

Menikmati Musim Bunga


Assalamualaikum and Hi...



Sekarang ni musim bunga kembang and luruh kat area U aku ni. So rasa diri ada kat duduk kat obersea

walaupun sebenarnye aku kat pekan kecil bernama Parit Raja di daerah Batu Pahat yang mana sangat lah jauh 

dengan obersea tu..hehehe.Tapi biarlah aku nak feeling-feeling duk obersea sikit kan.


Jadinya, di petang yang indah aku ngan classmate aku pegi jalan-jalan sambil snap-snap gambar.


Terhasil lah gambar syok sendiri seperti di bawah:
 

















mood: feeling- feeling photoshoot..haha

photoshoot la sangat.Opss, bak kata Eika Alies photochoot, bukan photoshoot..haha



p/s: membe aku selalu komen camni, "asal gambar ko je penuh dalam fon aku ni,fon sape sebenarnye ni?"haha..sori guys..(^_^)
fon aku mestila ade gambar aku je..hihihi